carta hati

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 15, 2014

Anak demam kita kena buat apa

Kebanyakan ibu2 diluar sana cepat panic bile ank demam

Ini antara langkah awal penjagaan bila anak demam:

Pastikan selalu cek suhu. 
Jika di bawah 37.5, tidak perlu diberi ubat.
Hanya kawal darjah kepanasan dengan teknik sponging (letak tuala lembab di kepala,sekali sekala, lap di bahagian pelipat,ketiak,kelangkang. Utk bayi lelaki, di area ball)
Jika lebih dari 37.5 hingga 38, teruskan sponging. Pakaikan pakaian nipis. Buka kipas @ aircond. 
Jika lebih dari 38, bawa ke bilik air, mandikan dengan air suam (jangan suam sangat, jangan sejuk macam air paip). Sebab air akan terkena udara, sekejap saja menjadi sejuk. 
Mulakan dengan kaki ke atas. Biarkan anak bermain dengan air dalam 10-15 minit.
Jangan sampai menggigil (maknanya air sejuk).
Lapkan secara minimal, pakaikan diaper dan baju tanpa lengan.
Biasanya suhu akan turun dalam masa setengah jam.
Jika suhu naik semula,lebih dari 38,(Dan turun naik, tetapi lebih 38), beri ubat demam. 
Dan suruh anak minum air masak.. Jika sempat, beri anak hirup sup ayam. Pastikan anak kekal aktif. Jika nampak letih dan suhu telah melebihi 39, disarankan ke hospital. 
(Lap badan daripada bahagian bawah ke atas, jangan terus daripada kepala)

Jika suhu melebihi 39 dan menghampiri 40, sekiranya berlaku sawan tarik atau fit, bukakan semua baju. Pastikan anak dalam keadaan sedar. Pegang kaki, tangan.

Tengok sama ada dalam keadaan kejang atau mengeras.
Baringkan di atas permukaan rata, dan mengiring. 
Jangan beri minum atau ubat. 
Pastikan dia bernafas. (dekatkan telinga kat mulut anak).
Biar dia sedar, baru bawa ke bilik air untuk mandikan.
Jangan guna ais, nanti badan terkejut.
Biasanya sawan terjadi dalam masa 5 minit tetapi ada kes bayi  kena sawan berulang-ulang.
Untuk kedua-dua keadaan, terus bawa ke hospital.

(Suhu 40++ bawa ke hospital untuk rawatan lanjut)


INFO PARACETAMOL DAN SUPPOSITORY


Tambahan info:
1.Cool fever TIDAK berkesan menurunkn suhu,cuma mungkin boleh kurangkan pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).

2. Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller. 

Bila dah beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 8 jam. 
Supp umpama injection. Dadahnya terus masuk dalam darah. Toksik pada hati sekiranya dos melebihi tahap selamat pada suatu masa. 
Supp harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai tak tahu,boleh periksa dengan membaca details di package insert). 
Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan pastikan dengan doktor anda sama ada supp boleh diberi pada bayi anda. 
SETIAP BAYI TAK SAMA.

Info lain tentang PCM :
http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tahukah-anda-bahaya-paracetamol/

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol (Panadol adalah PCM yang paling terkenal) ialah:

a) Hepatotoxicity(rosak hati): 

Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10g atau lebih dalam sehari, atau 5g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. 
Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin.
 Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan keracunan dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). 

Perlu dingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka yang meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. 
Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.


  •  Nefrotoxicity (rosak buah pinggang).Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

  •  Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

  •  Allergic (pada sebahagian individu)


3. Pastikan anda ada termometer,suhu bayi tidak boleh diagak-agak.

4. PCM juga menganggu gluthathione synthesis yang penting dalam proses pemulihan,menyebabkn demam atau penyakit berpanjangan.Sebab itu tidak digalakkan terlalu cepat dan terlalu kerap bg ubat demam. 


5. Tak bagi PCM tak sama dengan BIAR ANAK. Jangan salah faham. PCM IS A SHORT CUT. 
Jadi ibu kena buat lebih dari bagi anak mkn ubat.
- Monitor suhu,sponging dan pakaikan baju nipis.
- Masak bubur dan kisar jadi cair.
- Buat sup ayam atau sup tulang. (membantu menaikkan sistem imun)
- Buat jus buah (jangan bebankan sistem pencernaan anak dengan makanan keras)
- Minum air kelapa muda segar , barli , kembang semangkok atau air asam jawa untuk melawan virus dan menurunkan suhu badan.
- Makan antiviral foods seperti bawang putih, halia, kunyit, brocoli

Juga boleh gunakan petua Natural remedies dengan menggunakan stokin/socks:

A. GARLIC SOCKS (Stokin Bawang Putih) - Onion socks juga boleh)
Letakkan bawang putih pada stokin anak. 

Caranya : 
Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti  jenis berkait atau yang berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yag telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu panas (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih). 
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih sahaja yang dibuat sendiri.
Caranya, bakar seulas bawang putih bersama kulitnya, kemudian lenyekkan pada olive oil atau minyak masak dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yang lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. 

Biar anak tidur semalaman begitu. 
Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. 
Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
Sila lakukan patch test (percubaan letak sikit2 pada kulit anak, jika ada keradangan sprt merah, hentikan penggunaannya kerana kulit anda tidak tahan panas garlic)


B. LEMON SOCKS

Rendamkan stokin dalam perahan air lemon dengan air sejuk.Perah sedikit kemudian pakaikan pada kaki anak.
Ulang semula proses sehingga suhu badan turun.
Sifat asid pada lemon menarik haba keluar dari dalam badan.


C. APPLE CIDER VINEGAR SOCKS

Rendamkan sepasang stokin dalam campuran cuka epalr cuka dan air sejuk. Perah dan pakaikan di kaki anak.
Jika kering,rendam lagi sekali sehingga suhu panas turun.
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

D. EGG WHITE SOCKS (bagi yang tidak alah pada telur) :

Rendamkan sepasang stokin pada putih telur dan pakaikan di kaki. kami pernah cuba utk ien..Alhamdulillah berkesan sbb kesian tgk mkn ubt tapi panas xturun.
6. Penting,fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan.. Demam adalah petanda baik bahawa badan sedang membina antibodi.B
eri anak-anak makan makanan yang kaya dengan VITAMIN C, antioksidan,probiotik atau olivenol

7. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma membunuh bakteria baik dan jahat. Jika sudah terambil, perlu habiskan dan selepas itu perlu makan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku jangkitan seperti tonsil bernanah atau lainnya).

8. Elakkan sebarang pengambilan vaksin.

9. Kerapkan susu ibu, jika anak tidak boleh makan antiviral foods, vitamin dan penawar lain, ibu yang menyusukan boleh makan dan khasiatnya akan diserap oleh anak. Dalam apa keadaan penyakit pada bayi, susu ibu adalah penawar utama.

10. Kerapkan beri minum air suam atau cecair lain yang sesuai (jus atau sup).

11. Elakkan pengambilan gula, kerana gula adalah makanan virus dan bakteria juga. Gula membantu pembiakan dan mengaktifkan virus atau bakteria.

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.



Sumber : Laman Kesihatan Ibu Dan Anak - Kini GNRAM

Bilik tido baru ien

Ekceli ien dari baby mang tido celah ketaiyak ummi ngan aled.. lagi senang dia tdo dan lama.. buai kadang2/baby kot xbeli pon sbb aku jenis xleh nak berjauhan dari anak..cewahh gituu..sumpah weh..
Now ien da umo 1year 3month.. anda bleh bayangkan macam mana kami berkongsi kasih katil… dah la mse kwen ritu beli queen jek.. aircond osak pindah tdo bilik satu lagi katil queen jugak..ajoyo… lenguh jangan kate la.. tp sebab tdo hug Antara satu sama lain ni syiokk layan kan je la..
Yg mak pening kepala is.. hanak I tu bkn la jenis nak bkepit manjang..tp tdo nak kene huggss and kisses nih…hahaha~ acamno tu nak buek nnt adik kua :
1.       Ien nak tdo camne.. nak susun atur lam bilik ponn tatau..huhu..
2.       Klo ummi kat spital ien nak duk ngan sape waled keje syif.
3.       Dalam pantang cmne ummi nak jaga ien ngan baby ngan ummi (xkan nak tinggal ngan ibu 60hari..uwaaa tanak)
4.       Ummi nak pantang kek mano..umah mama/ kat kampong / kat puchong je..
 Ase nye bilik satu ag tu nak kene wat bilik ien la..xpun ummi kena tambah katil lam bilik..kannzz
 
[GetAttachmentCADTSBTT.jpg]
ummi nak buat cmni lah bilik ien..hahha pastu car dia parking sebelah ponnponn..hihi..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi

Al Ain Bukan Perkara Main-main.


assalamualaikum

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: 

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 

ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:

Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.


Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus / http://chentazulya.blogspot.com

Thursday, January 2, 2014

12 week

over kan mcm hanak sulong plak eksited nye peknen kali nih...
wuwuwuwu...
peknen kali ni..I olss ade morning sikness..
mkan pon xle main sumbat..cm peknen ien dlu..
kalo org masak2 pon tatahan.. jadik linja trus ikat kat hedong kain..
jgn kate org masak..snirik masak pon xbole..sian husby kempunan masakn bini nye
g keje nak melawa la..tapi sedorla kan..dlm gobok ape je yg ade jugak dipakainye..
cukup 12week kain baju kurung mule sendat..yahoo..
masalahnye xlalu plak nengok bju peknen dulu..rasa mcm huduh plak..
 
pegi klinik ritu doc bagi obimin je..
so mkn lew obimin every day skg ni..

Wednesday, January 1, 2014

Ragam Berumah tangga : Bila isteri ‘mahu’ dan suami ‘tak faham’

Sekadar ilmu..

Oleh: Pak Utih

Kita, suami yang sentiasa sibuk dengan kerjaya, menonton TV dan kawan ni, selalu menyebabkan masa bersama keluarga terhad. Memanglah masa itu sajalah amat sesuai kerana kita pun dah makan, badan terasa segar kembali, anak-anak pun dah masuk tidur dan tidak menganggu lagi. .
Biasanya cerita pada waktu-waktu ini “khas” untuk orang macam kita yang profesional ni. Maka kita pun dengan penuh perhatianlah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja atau menonton TV. Bertambah lagilah penumpuan kita ini jika isteri kita datang menyediakan minuman teh atau kopi kegemaran kita.
3286618127.jpg
Apabila jam telah hampir 11.30 hingga 12.00 mlm, isteri kita akan menghampiri kita seolah-olah berminat terhadap apa yang sedang buat itu. Bagi isteri yang rajin bertanya, dia akan menanyakan sesuatu yang berkaitan dengan kerja kita itu. Bagi isteri yang jenis pendiam pula, dia akan menghampiri dan hampir bersentuh dengan kita. Kalau dia lihat kita masih kusyu’ dengan kerja atau menonton TV, maka dia akan memberi peringatan dengan suara yang perlahan, ” Dah jauh malam ni, tidurlah bang..” atau yang sewaktu dengannya.
Apabila kita mendengar peringatan dari isteri kita itu, biasanya kita akan meneruskan kerja-kerja tadi dengan memberitahu padanya, ” Kejap aje lagi” untuk menyenangkannya atau supaya dia tidak ganggu lagi. Bila kerja dah selesai, atau TV pun dah berbunyi seeeeeeeee!!!!! (berbintik-bintik di screen), barulah kita naik tidur. Waktu begini, suasana dah teramat tenang sampai ke pagi. Kita pun bangun dengan doa yang amat gembira sekali.
Tetapi, bagaimana pula isteri kita?.. Belum pasti dia gembira. Semasa dia “menunggu“,kita tidak juga menjelma. Semasa dia “tak mahu” kita yang pula mendesak. Akhirnya semua kerja-kerja kita yang kita bawa ke rumah itu akan dilihatnya sebagai musuh yang mesti ditentang. Maka timbullah anggapan yang isteri kita ni tidak membenarkan kita aktif dalam persatuan atau jamaah atau kerjaya dan sebagainya.
Inilah salah satu komunikasi isteri yang sering kali kita gagal memahaminya. Sebenarnya, jika isteri telah menyediakan minuman dan memberikan masa untuk kita menyelesaikan kerja, kemudian dia datang memberi peringatan mengajak kita tidur, ini bemakna, ada satu lagi “agenda” yang amat dinanti-nantikan olehnya, yang juga amat “penting” baginya, selain dari kerja yang sedang kita buat tu.
Kita tahu yang Malaikat akan melaknati isteri kita sampai ke pagi kerana tidak melayan kehendak kita. Tetapi kita juga mestilah berlaku adil kepada isteri kita apabila datang giliran permintaannya pula.
Oleh itu, rancanglah penggunaan masa kerja-kerja di pejabat, masyarakat dan jamaah dengan lebih berkesan dan cekap. Masukkan juga “agenda” kita bersama dengan isteri dalam jadual harian dan mingguan itu. Supaya ianya lebih adil kepada isteri kita. Dia juga mempunyai hak terhadap kita.
Selamat mencuba.