carta hati

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 26, 2014

Malas Pergi Checkup

 
 
nak kate sesat di jalanan xla
yg jadi isu sebab mls g checkup is
mls mik cuti
mls tunggu lama
mls kene bebel
mls nak drive sndri ngan bwk super hero tuh...aiyoo mencabar
mls buat appointment
mls request GL
mls..
mls..
mls..
penyakit yg dpt detect is malas..aiyo
 
pergi pon klinik biase je...
 
hoii da masuk 5bulan la..
sian kat baby.. :(

Wednesday, February 19, 2014

facebook... instagram

 
 
setiap kali aku ingin meluahkan tentang facebook dan instagram ni..
taip2 pastu xpost..
Alhamdulillah..syukur..dets mean aku xterlampau ikotkan
perasaan...
 
 
 
cuma yang perlu saya katakana disini
jika saya bukan orang penting
dalam hidup anda
tidak perlu lah bersusah payah
menambah rakan iaitu meng"add" saya...
jika penting untuk mengatahui jalan kehidupan saya
sila "add" kemudian msg "pls approve"
senang..
 


Abang bosa!!

 
 
assalamualaikum sume..
 
 
hai..
 
ni lah abg bosa dalam hidup kami laki bini..
abidyana jr.. xpenah pon share pic dia kan.. hehe~
 
Day 2
usah ditanya kenapa muke dia cm ank korea..aku sendiri pon tekejut mse dia tunjuk dlm OTroom dlu...

 
1year 4mth
dah besar dah.. budak ni..banyak akal..budak bijak..
pandai amik ati org..
pantang dgr azan mesti tertonggeng2 carik sejadah.. dlm keta pon bleh solat.
kadang dia buat org cm pukul umi ke.. nanti kalo kita buat sedih dia g hentuk kpala dia kan dinding pastu..aduhh aduhh..
soh org pujuk dia.. pandaiii la sgt..
rambut kenteng megi..
 





 


Tuesday, February 18, 2014

7 Perkara Isteri Rahsiakan Dari Suami

Perhatian kepada para suami : ))

Kebanyakan lelaki sukar untuk memahami hati wanita. Walaupun dengan seorang wanita yang telah dikahwini selama bertahun-tahun . Bia isteri mengadu tentang sesuatu tetapi apabila suami memberi nasihat bagaimana untuk menyelesaikannya , si isteri masih tidak berpuas hati. Selepas beberapa tahun berkahwin (dan kaunseling) saya telah belajar untuk tidak terlalu bimbang tentang apa yang isteri saya berkata. Sebaliknya, saya perlu bimbang tentang apa yang dia tidak katakan .

1. Paling penting, dia mahu cinta anda.

Apabila isteri merasa suami kurang menghormati dia, dia pula menunjukkan kurangnya rasa cintanya.
Dan apabila suami kurang menunjukkan kasih sayang kepada isterinya, isteri pula menunjukkan perkara yang sama.
Hentikan perbuatan ini sebelum ia membelenggu diri. Tunjukkan kasih sayang kepada isteri anda .
Itulah yang dia mahu. Cintai dia walaupun ada kelemahan dan kekurangan sifat-sifatnya.
Dan insyaAllah , dia akan menghormati anda walaupun ada kelemahan pada sifat-sifat anda.

2. Dia Bosan

Bosan melakukan perkara yang sama setiap hari.
Bukan sahaja dia bosan tetapi dia juga letih.
Beliau mempunyai  tugas untuk menjaga anak-anak, membuat kerja rumah dan kemudian memanjakan anda.
Hanya dengan memikirkan tentang melakukan kerja-kerja tesebut setiap hari membuatkan saya mahu merangkak dan menyembunyikan saya. Saya boleh bayangkan bagaimana suri rumah yang mempunyai pengalaman yang sama .
Dan jangan kita lupa tentang wanita bekerja. Ramai wanita perlu bekerja sepenuh masa serta menguruskan rumahtangga.
Jadi saudara , saya memohon kepada anda , jadikan isteri anda berasa istimewa. Bagi dia berehat .
Sekali sekala,bawa isteri keluar berjalan-jalan. Berikan kejutan dengan makanan kegemarannya.
Lakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan itu.

3. Dia perlu dipuji

Penghargaan. Tiada siapa yang mahu berasa seolah-olah mereka bekerja keras atau lebih teruk lagi, ia diambil mudah dan tidak dipeduli.
Sebenarnya. isteri anda tidak perlu membersihkan pakaian kotor anda. Dan dia tidak perlu memasak makanan anda. Tetapi dia tetap melakukannya dan semua perkara-perkara lain dalam hidupnya :
  • Menjaga anak-anak.
  • Bekerja atau pergi ke sekolah.
  • Berusaha untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda menghargai dan bersyukur untuk perkara-perkara yang dia lakukan untuk mengekalkan hubungan anda dan keluarga anda. Ucapan " terima kasih" adalah satu permulaan yang baik.

4. Dia teramat cemburu

Ada sebab kebanyakan wanita tidak bersetuju dengan poligami. Berhati-hati bila anda bercakap tentang wanita lain di seluruh isteri anda. Jangan sekali-kali membandingkan isteri anda dengan wanita lain.

  • Jangan bandingkan dia dengan beberapa bintang filem wanita .
  • Tidak membandingkan beliau kepada ibu anda.
  • Jangan sekali-kali membandingkan beliau dengan bekas isteri anda ( atau isteri yang lain! )
  • Dia mahu tahu dan percaya bahawa dia adalah kesayangan anda. Oleh itu, beliau ingin berasa begitu.

Sedangkan (saw) isteri-isteri Nabi juga mempunyai perasaan cemburu. Aisyah (RA ) juga cemburu dengan Khadijah (RA ).
Ketahui, dan hormat, jenis-jenis cemburu dari isteri anda.

5. Dia Mahu Anda membantunya menjadi Muslimah yang lebih baik

Pentingnya lelaki mengambil peranan sebagai pemimpin dalam keluarga mereka.
Dan itulah masalah dengan kebanyakan lelaki Islam pada hari ini.
Bukan sahaja mereka tidak menjadi pemimpin yang baik , mereka juga diketuai oleh isteri-isteri mereka (atau ibu-ibu, atau wanita lain dalam kehidupan mereka).
Isteri anda ingin anda menjadi pemimpin dia dan tunjukkan apa cara yang lebih baik untuk menunjukkan beliau bagaimana untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.
Tetapi anda tidak boleh menunjukkan beliau bagaimana untuk menjadi lebih baik jika anda tidak tunjukkan yang baik. Oleh itu, anda perlu untuk menaik taraf Iman anda. Anda perlu memperbaiki diri dan kemudian tunjukkan kepada beliau dalam cara yang lembut hormat.

6. Tidak Suka Membebel , Tapi Kadang-kadang Anda Membuatkan Dia Membebel

Ia adalah satu mitos umum bahawa wanita suka membebel dengan suami mereka.
Ya, terdapat beberapa orang ( lelaki dan wanita) yang kamu tidak boleh elakkan . Tidak kira apa yang anda lakukan , mereka akan sentiasa mencari kesalahan dalam sesuatu hal. Berdasarkan hadith yang berikut:

Diriwayatkan oleh Ibn ' Abbas :
Nabi berkata : " Aku diperlihatkan api neraka dan majoriti penghuninya adalah wanita yang tidak bersyukur. " Ia bertanya, " Adakah mereka tidak beriman kepada Allah ? " (Atau adakah mereka bersyukur kepada Allah ?) Beliau menjawab, " mereka tidak bersyukur kepada suami mereka dan tidak bersyukur akan nikmat-nikmat dan kebaikan (amal kebajikan ) dilakukan kepada mereka. Jika anda sentiasa baik ( ihsan ) kepada salah seorang daripada mereka dan kemudian dia melihat sesuatu pada kamu (tidak daripada suka dia) , dia akan berkata, 'Saya tidak pernah menerima apa-apa yang baik daripada anda . "- Sahih Bukhari.

Jadi, isteri tidak perlu memperkecil-kecilkan suaminya .
Mungkin anda sentiasa mencari kesalahan dengan dia.
Mungkin anda tidak berfungsi (atau tidak bekerja cukup keras ) dan dia terpaksa bekerja untuk mengurangkan beban .
Sekali lagi , naik taraf diri sendiri dan elakkan dia kurang sebab untuk mengadu dan mengomel .

7. Selebihnya , Dia Mahu Hubungan yang Stabil  Dan Gembira Dengan Anda

Wanita tidak berkahwin hanya kerana mereka memikirkan tentang keseronokan .
Mereka berkahwin kerana mereka mahu kehidupan keluarga bahagia dan mereka percaya anda memberikannya kepada mereka .
Berhenti bertindak seperti orang yang dungu . Jadilah suami yang baik untuk dia.Tunjukkan cinta anda .
Tidak mengancam beliau dengan perceraian atau mengambil isteri kedua . Ya, anda mempunyai hak untuk melakukan kedua-duanya . Tetapi menggunakan mereka sebagai ancaman adalah tidak sesuai dan memudaratkan perkahwinan anda.
Amanah kepada Allah , berhati-hati dengan helah syaitan , dan bersabar dengan dia. Tidak ada yang syaitan akan suka lebih daripada untuk menghancurkan perkahwinan anda.
Lihat ? Bahawa tidak semua susah.

Sumber sebenar  : muslimvillage

Tuesday, February 4, 2014

Kita Bukan Teman Sehidup Semati..


Assalamualaikum..

Nak citer sal mimpi malam tadi…huhu apekah petanda nye.. Nak cakap ade tringat kat dia xjugak tapi… kenapa aku mimpi sal dia? Huish..

Dalam mimpi tuh..ade aku.. dia. fiancé dia.. kawan rapat aku(yg aku xpasti siapa dia tuh) ..

Kwn rapat aku tuh penah kapel ngan dia.. pastu bwk aku pegi jumpa ex dia sbb dia kata ex dia da nak kwen.. tup2 org tuh aku kenal..n kami xpernah bertegur sapa sjak berpisah.. lebeh kurang mcm musuh la.. than jmpe tu kami buang yg keruh amik yg jernih.. sbb dia pon nak kwen.. & dlm mimpi tu aku pon da kwen..tapi xtau mane laki aku..huahua.. so ak diknalkan dgn fiancĂ© dia..  yg xle blah tu.. siap ckp..haa add la pesbuk..add la insta…… huahua..  lepas tu kan.. lepas tu kan..lepastu…

Bunyik tepon..hahaha potong stim.. terjaga angkat fon.. Dian call habaq xp keje demam.. hahaha~

-The end-

Aku pon heran ape maksud mimpi tu? Dia nak jmput dtg kwen dia ke.. hahaha~ perasan (--,) kikiki.. xkan la dia dah buang yg keruh amik yg jernih.. haishh susahkan klo melibatkan ati dan prasaan orang nih.. dendam kesumat.. susah nak 0-0 ..i ngan usby pon xkesah tu citer lama.. sama bina keluarga bahagia….

To (AM).. I’m verry2 sorry for what was happen past-past year when I noe n being with u.. sekarang kita pon dah ada life masing2.. I happy for you.. and hope you happy for me to..
Saya bahagia.. tentu anda lebih bahagia..
 

Monday, February 3, 2014

MENGENAL JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN

 
-Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka-
giler kauu anak kedua eksited macam peknen anak pertama.. hahaha~ tapi aku rasa klo anak sepuluh pun truja mcm anak pertama jugak kot..
1) BENTUK PERUT
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 
-kata incik suami perut I kali ni petak..mane tah dapat petak Nye..ciss..

2) NIPPLE BREAST
Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. 
-ien xtenggelam asenye..

3) ARAH TIDUR
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan. 
-hadap je mana kiri kanan asal selesa.. ngadap kanan bile ien ade kiri..kiri la ummi..klo ien kanan kanan la ummi..

4) POSISI BAYI
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.
-mase scan smalam.. dokter letak menda golek2 tu belah kiri..

5) PERANGAI IBU
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.
-sume baju peknen dulu I ckap hodohh..ummi xnak pkai nak yg baru nak buat jubah fesyen sekarang..kiki

6) GARISAN PERUT
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.
-tatau nak kata la terang ke gelap ke..

7) WAJAH IBU
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
-wajah makin berseri ke?? teruk adela..ngan jerawat..kulit keringnye menggelupas.. tatau la.. boy ke gurl.. Lebam pon ade kadang

8) BUKU LALI IBU
Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan.
-Sejak xpeknen mang itam.

9) RESPONSE
Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..
-ien mang suke je dok kat ummi.. xpenah xsuke pon sjak xde adik lam perot lagi pon..

10) PEMAKANAN IBU
Ibu yang suka makan makanan masam dikatakan mengandung bayi lelaki dan jika ibu suka makan makanan manis tandanya bayi perempuan. Ibu mengandung yang suka makan seafood juga dikatakan mengandung bayi lelaki.
-masam xheran langsung!! nak manis.. or masam manis cm rasberi..air rebina..
-Seafood  langsung xkepingin
(aku mmg seafood lover + masam lover= mase peknen ien aku la hantu)


Sebenarnya tak kisah pun lelaki atau pompuan, asal sihat wal-afiat, sempurna kejadiannya pun dah bersyukur sangat. ALhamdulillah atas tiap rezki Tuhan kirimkan. Terima seadanya. Tiap anak lelaki dan perempuan yang dilahirkan, semuanya ada kelebihan masing-masing. Tuhan lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Wallahualam.

picky eater

hello mummy2 luar sane..
pernah ade masalah anak memilih makanan x??
Alhamdulillah ien mmg xsusah dlm bab makanan.. cume yg sweet je dia xle trima..
Cookies -so so..
biskut tawar bolehla..
choc -no
sweet-no
sour-yes..haha~

ekceli kalo bab ank susah mkn ni strt from dia baby /6mth kita kene pndai ajar anak kita mkn.. no sugar..no salt etc.. ori taste dr ikan, sayur, buah shj..tengok jugak ade kwn2 tu ank bru 4bln da kenalkan dgn benda manis.. konon comel la comot mkn cekelat.. anda sendri yg carik masalah itu..

jgn ckp kesian ank mkn xrasa pape..NOPE!! baby still xkenal rasa2 sedap tu melainkan kita yg suap kat ank kita.. then bila dia da 8m-1year tu la terjadiknye picky eater..!! kita org Asia..Ajar je mkanan asia dulu..xpayah nak ikot2 obersea sgt.. skali skala boleh la..kan senang nanti nak travel kan kan.. xkan hari2 nak makan sekutt je bile g travel..


Jomss kita belajar macam mana nak layan anak yang memilih makanan atau susah nak makan.

1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater).
Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka.
Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja.
Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. 
2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.
3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak. - Mak kena kreatif cara hidangkan makanan. 
4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.
5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adaah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.

9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluargaTak best makan sendiri.
10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.

( answered by Dr Foo Chee Hoe ) - doktorbudak